Rencana

Buktikan Kalau Betul Bantu Rakyat…

Mana-mana pihak yang mahu PRU awal atau mahu tangguh PRU sampai akhir penggal mesti buktikan mereka lakukan untuk rakyat. Bukan sekadar sebut di mulut saja.

Contohnya, nak tangguh PRU bagi bantu rakyat. Jadi orang akan tanya, setahun berbaki ini apa yang akan dibuat untuk bantu rakyat? Hampir setahun sejak PM baru naik kuasa ini, apa pula yang kerajaan dah buat untuk bantu rakyat?

Kalau masalah harga ayam sampai sekarang pun tak selesai, masalah inflasi pun baru hari ini nak fikir buat jawatankuasa, kot mana bantu rakyatnya?
Kemudian duk sibuk buat ‘khemah besar’

Masalah kabinet hari ini adalah tidak kompeten. Menteri yang tidak berfungsi terpaksa dikekalkan bagi menjaga sokongan. Itu sahaja. Itulah punca masalah kita.

Isu inflasi ini contohnya predictable daripada awal. Saya pernah menulis ketika kebenaran RM10k diluluskan oleh PM secara lump sum bulan lepas. Bahawa inflasi akan naik menggila jika kerajaan tidak create output baru seberapa segera.

Ini adalah ulangan kesilapan kerajaan PN yang benarkan pengeluaran 5k KWSP (pengeluaran pertama) pada 2021 tanpa cipta output ekonomi baru sampai inflasi naik 1.7% berbanding 0.1% pada bulan sebelumnya

Tapi apa yang menteri Jemin tu buat? Cuba cerita apa yang dia buat.

Harga barang keperluan naik pun. Kenapa kita tidak proaktif dari awal untuk tanganinya? Kenapa tak sekat dari awal orang tengah? Kenapa tak hidupkan balik KR1M contohnya. KR1M itu kan fungsi asasnya sebab nak kerat orang tengah.

Kalau nak cepat, jenamakan sahaja kedai2 runcit kampung sebagai KR1M yang baru. Pusatkan pengedaran kepada satu GLC / SPV bagi setiap negeri. Barulah tiada mark up orang tengah.

Setakat buat Jualan Keluarga Malaysia kemudian nak harap peniaga kat pasar ikut harga yang sama mana boleh. Bisnes beli pakai runcit dengan beli pakai borong mana sama harga.

Janganlah kita ingat bila buat PRU ini maka rakyat akan makin susah. Data mana kita pakai tuan-tuan?

Data daripada Philippines Statistic Authority menunjukkan KDNK naik 6.3% pada tahun pilihanraya berbanding purata 4.9% pada tahun normal. Sebab apa? Sebab perbelanjaan lah. Perbelanjaan parti politik dan kerajaan pada kempen pilihanraya lah yang menggerakkan ekonomi secara mengejut.

Macam spending 100 juta untuk PRN Johorlah. Ingat duit tu kita buang dalam sungai ke?

RM100 juta itulah yang diguna bayar gaji pekerja, sewa premis kosong, beli barang2 runcit, bayar khidmat katering etc. Ini semua duit masuk poket siapa? Bukan masuk poket rakyat yang akhirnya meningkatkan perbelanjaan setempat?

Sebab itu juga Bank Pusat Filipina pada 2018 sendiri mengatakan bahawa tahun pilihanraya secara konsistennya akan menaikkan kuasa beli rakyat. Selain pertambahan kerja, ia juga disumbang dengan kepercayaan rakyat bahawa kerajaan baru yang akan naik kelak akan lebih baik dari kerajaan semasa.

Kunci pemulihan ekonomi ini adalah keyakinan rakyat. Kalau rakyat takut, bagilah duit satu lori sorang pun, ekonomi tetap takkan pulih. Cetaklah duit setinggi bukit pun, ekonomi tetap takkan baik.

Kita hari ini mempunyai satu krisis besar keyakinan rakyat kepada kerajaan. Akuilah perkara ini. Rakyat tidak melihat kerajaan bersama mereka. Rakyat melihat kerajaan tidak faham masalah mereka. Rakyat merasakan kerajaan tidak mempunyai kekuatan untuk membaiki negara

Sebab itu rakyat mahu PRU awal. Ini adalah satu-satunya cara menukar kabinet sedia ada.

Nak tunggu PM rombak kabinet tu macam tunggu bulan jatuh ke muka
—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu