Isu Semasa

Tun M Nafi RM1.30 Juta PPBM… ?

Tun Mahathir hanya Pengerusi PPBM. Presiden PPBM adalah TS Mahiadin dan presiden bukan pengerusi yang menguruskan hal ehwal parti itu. Memang munasabahlah pengerusi tidak tahu menahu tentang duit RM1.3 juta.

Lagipun ia bukan lagi dana politik tapi berunsur rasuah kalau menteri menerimanya dari sebuah syarikat yang berurusan dengan kementerian dibawah menteri yang berkenaan.

Tambah lagi ianya dalam bentuk tunai, memang tidak ada ‘money trail’ untuk membuktikan pembayaran dan penerimaan duit itu.
Jadi soalnya, siapa yang lebih suci dan lebih boleh dipercayai – TSMY atau UKSB.

SHAHRIR SAMAD