Tahniah Datuk Fadlon, Moga Putrajaya Terus Maju dan Makmur
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan tahniah kepada Datuk Fadlun Mak Ujud yang dilantik sebagai Presiden merangkap Pengerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu.
Dalam hal ini, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya menzahirkan pandangan kepada Fadlun agar komuniti Putrajaya sejahtera dan hidup dalam keharmonian.
“Tahniah kepada Datuk Fadlon atas perlantikannya sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baharu dan moga beliau akan dapat menerajui Putrajaya ke arah kesejahteraan dengan komuniti setempat dilimpahi keharmonian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi pertemuan bersama Fadlon yang turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim dan juga Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Husna Abdul Rahaman.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin setempat saling bertukar-tukar pandangan dengan tekad untuk sama-sama mengutamakan kebajikan warga Putrajaya tanpa menolak kemajuan.
Fadlun, 55, yang sebelum ini Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) PPj dilantik bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun menggantikan Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, bermula 15 Disember tahun lepas (2021).
Pelantikan Fadlun sebagai Presiden merangkap Pengerusi PPj yang ke-7 itu adalah selaras dengan perenggan 5(1)(a) Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536]. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.