Aktiviti & Komuniti

Terima Kasih Ketua Kampung, Prihatin Keperluan Rakyat

PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sememangnya tidak dapat disangkal apatah lagi dalam melibatkan hal-hal berkaitan kebajikan dan keperluan rakyat.

Dalam hal ini, beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ telah memenuhi keperluan di Klinik Kesihatan Presint 9, di sini dengan penambahan dua buah kerusi roda.

Sememangnya, sebagai sebuah klinik kesihatan yang menjadi tumpuan awam, kesibukan dengan keperluan kerusi roda bagi kegunaan para pesakit menerima rawatan amat penting.

Dengan penambahan dua buah biji lagi kerusi roda maka tentunya akan dapat memudahkan orang ramai dan para petugas di klini berkenaan. – UMNOPutrajaya