Aktiviti & Komuniti

Taklimat Kemasukan Ke UiTM & IPT Rungkai Kekeliruan, Lebih 500 Warga Putrajaya Hadir

PUTRAJAYA – Program Taklimat Kemasukan ke UiTM dan Pra Pengajian Tinggi yang dilaksana hasil keprihatinan Ketua UMNO Bahagian tempatan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berlangsung dengan jayanya.

Betapa pentingnya pendidikan dan masa hadapan sebagaimana usaha dalam melestarikan program yang telah dihadiri lebih 500 orang meliputi ibu bapa dan anak-anak lepasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apa yang menarik, taklimat tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Masrizal Muhammad yang sanggup turun padang bagi memastikan anak-anak serta ibu bapa tidak keliru dalam membuat pilihan untuk masa hadapan.

Semoga program yang dilaksana ini dapar merungkai permasalahan dan kekeliruan dalam menentukan arah tuju selepas SPM. – UMNOPutrajaya