Aktiviti & Komuniti

Fardu Kifayah Diaplikasi Dalam Kursus Pengurusan Jenazah Putrajaya 2022

PUTRAJAYA – Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari atau diketahui oleh semua umat Islam. Malah, hal ini tidak hanya perlu diketahui oleh ahli agama termasuk imam, bilal atau anggota surau/masjid sebaliknya ia adalah ilmu yang sewajarnya dituntut.

Menyedari hal tersebut, Kursus Pengurusan Jenazah Putrajaya 2022 telah diadakan di Masjid Mahmoodiah, semalam.

Lebih bermakna, kursus tersebut mendapat sokongan penuh dari Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang hadir dalam perasmian penutup kursus tersebut melahirkan penghargaan dan amat berbesar hati dengan pelaksanaan kursus tersebut.

“Alhamdulillah kita dapat bersama dalam kursus pengurusan jenazah hari ini. Moga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bersama-sama.

“Terima kasih pada semua yg terlibat, para peserta dan ajk yg berusaha laksanakan kursus ini,” katanya. – UMNOPutrajaya