Aktiviti & Komuniti

Salam Takziah… Nora Chan Meninggal Dunia

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama ahli jawatakuasa bahagian dan warga Putrajaya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Puan Norashikin Chan yang telah kembali kerahmatullah.

Allahyarhamah yang merupakan Setiausaha Ketua Kampung sejak puluhan tahun lalu telah menghembuskan nafas pada jam 11.30 malam tadi.

Warga Putrajaya turut bersedih dan merasa kehilangan Allahyarhamah yang sangat akrab dengan penduduk setempat malah amat ringan tulang dan dedikasi dalam tugasnya.

Semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman. – Al Fatihah