Aktiviti & Komuniti

Majlis Tahlil, Doa Selamat… Moga Semua Diberkati Allah SWT

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansot mengadakan majlis tahlil untuk bekas SUS beliau, Allahyarhamah Puan Norashikin Chan yang baharu meninggal baru-baru ini.

Majlis tersebut juga diadakan untuk Allahyarhamah ibu Puan Husna Rahaman iaitu Ketua Wanita UMNO Bahagian serta mereka semua ahli-ahli parti dan warga Putrajaya yang telah kembali kerahmatullah.

Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO bahagian tempatan turut mengadakan majlis tersebut dalam hasrat mendoakan keselamatan negara, semua warga Putrajaya dan rakyat Malaysia.

Moga Allah SWT terus memberkati semua. – UMNOPutrajaya