Persatuan Veteran Putrajaya Aktif Gerakkan Sokongan Untuk Kesejahteraan Komuniti
PUTRAJAYA – Tiada yang lama tentulah tiada yang baharu. Demikian pepatah membariskan betapa pentingnya golongan lama untuk terus dihargai dalam menjadi sandaran kepada orang-orang baharu yang mewarisi negara.
Lantaran itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan penghargaan atas sokongan daripada Persatuan Veteran Putrajaya yang sentiasa bergerak aktif dalam hasrat bersama-sama menggerakkan pembangunan dan kesejahteraan warga tempatan.
Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Veteran Putrajaya menzahirkan rasa gembira dan berharap agar persatuan terbabit kekal aktif.
“Tahniah atas khidmat bakti dan sokongan yang tak pernah padam. Moga semangat terus membara dan memberi dukungan kepada komuniti Putrajaya serta generasi pewaris negara seterusnya,” katanya.
Mesyuarat Agong Persatuan Veteran Putrajaya telah berlangsung lancar di Kelab Tasik, di sini hari ini dengan kehadiran anggota-anggotanya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.