Isu Semasa

PN Perguna Mesyuarat PIBG ?

Surat dari kementerian. Dikatakan acara anjuran kementerian.

Hidangan 100 ekor kambing golek serta cabutan bertuah ditawarkan kepada ibubapa untuk hadir mesyuarat PIBG besar-besaran.

Hadiah utama Perodua Axia.

5 buah motorsikal, 10 ekor lembu, 10 TV, 20 telefon bimbit dan 200 hamper.

Siapa yang bayar? Kementerian ataupun PN?

Tapi tarikh dan lokasi acara tersebut sama dengan pelancaran PN Kelantan?

Hadiah utama pelancaran juga sebuah Perodua Axia?

Dan diberi oleh mereka yang berbaju PN.

Kebetulan ini.

Lepas tu, umum ramai orang yang hadir di pelancaran PN Kelantan adalah bukti sokongan pada PN adalah kuat.

NAJIB RAZAK