Aktiviti & Komuniti

Putrajaya Cybergames 2022 Himpunkan Anak Muda, Aplikasi Teknologi Semarakkan Perjuangan

PUTRAJAYA – Kejayaan pelaksanaan Festival Putrajaya Cybergames 2022 semalam menjadi bukti kesungguhan Pemuda UMNO tempatan dalam menghimpunan anak-anak muda dalam satu teknologi semasa.

Lebih dari itu, perkembangan semasa diaplikasi dalam terus menghidupkan perjuangan UMNO yang sentiasa relevan dan tidak pernah menentang kemajuan masa hadapan.

Biarpun dilaksanakan secara maya, acara perasmian tersebut dilakukan secara langsung melalui laman Facebook dengan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Program e-sukan ini dianjur bersama oleh Pemuda UMNO Putrajaya dengan Kelab Belia Inovatif Putrajaya (BIP) dan rakan kerjasama Koperasi Putrajaya Nasional (KOPNAS).

Ia adalah kesinambungan daripada festival sedemikian yang dilaksanakan pertama kali pada tahun 2020.

Festival yang mendapat sambutan ini dilaksana melibatkan tiga judul permainan e-sukan iaitu Mobile Legends, PUBG Mobile & FIFA 22 dengan menawarkan hadiah terkumpul bernilai RM5,000.

Tahniah anak muda Putrajaya, Syabas buat Pemuda UMNO! – UMNOPutrajaya