Mantapkan Gerak Kerja, Pastikan Putrajaya Tetap Milik UMNO/BN
PUTRAJAYA – Ketua Bahagian merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan pentingnya pemantapan dan pemahaman setiap anggota jentera berkaitan gerak kerja dengan memahami setiap tugasan sebelum tibanya tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
Tegasnya, dalam baki ruang masa yang ada sekarang ini, setiap ahli-ahli UMNO yang bertugas sebagai jentera parti mempunyai amanah yang cukup besar bagi membantu dalam kemenangan dalam PRU-15 nanti.
“Dalam kursus yang diadakan ini, berbincang dan bercambah fikiran bersama-sama mengenai persiapan dan strategi menghadapi PRU15 dengan semua dan apabila kita balik nanti maka laksanakanlah untuk PDM masing-masing agar kita benar-benar siap sedia dan dapat mencapai kemenangan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa merasmikan Permukiman Pemantapan PACABA Putrajaya yang diadakan di di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Pahang pada Sabtu.
Katanya lagi, adalah menjadi tugas setiap ahli-ahli parti untuk sentiasa memastikan kesiapsiagaan dengan menambah baik setiap lompong agar kemenangan BN menjadi realiti. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.