Berita

Kenyataan Media Mesyuarat MKT UMNO 4 Ogos

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 4 Ogos 2022 antara lain membuat ketetapan berikut:

1. Tarikh-tarikh Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung:
a. Persidangan UMNO Cawangan : 15 Ogos hingga 18 September 2022;
b. Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian : 7,8 dan 9 Oktober 2022;
c. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian : 14, 15 dan 16 Oktober 2022;
d. Perhimpunan Agung UMNO : 23 hingga 26 November 2022.

2. Tidak ada pemilihan jawatan dalam Persidangan Cawangan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian dan Perhimpunan Agung; tiada pemilihan jawatan disemua peringkat pada kali ini.

3. MKT memperakukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan sedikit pindaan terhadap Perlembagaan UMNO yang berkuatkuasa mulai 29 Julai 2022. MKT merakamkan ucapan terima kasih atas kelulusan yang diberikan itu.

4. Negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional hendaklah melakukan langkah untuk meminda undang-undang tubuh/enakmen negeri masing-masing setelah Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan larangan lompat parti selesai digazetkan.

5. MKT juga menggesa agar jentera parti disemua peringkat menumpukan kepada kesiapsiagaan bagi menghadapi PRU-15, bila pun tarikhnya yang akan ditentukan.

DATUK SERI AHMAD BIN MASLAN
SETIAUSAHA AGUNG UMNO