Berita

Sumbangan Hari Kemerdekaan, Tengku Adnan Rai Warga ATM

PUTRAJAYA – Kemeriahan dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dikongsi dengan cara berbeza oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila menyalurkan sumbangan berupa beras dan daging.

Kali ini sumbangan tersebut diagihkan kepada lebih 1,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pusat Pengajian Pertahanan Nasional dengan beliau sendiri turun padang bagi menyampaikan agihan terbabit.

Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, sumbangan ini disalurkan kepada anggota ATM sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara.

“Sebenarnya sumbangan ini terlalu kecil berbanding dengan jasa bakti yang mereka lakukan kepada negara namun saya gerakkan inisiatif ini agar kita sama-sama dapat meraikan semangat hari kemerdekaan dengan patriotisme yang terpahat pada anggota ATM.

“Terima kasih pada ATM yang sentiasa berusaha menjaga keselamatan negara termasuklah menjadi petugas barisan hadapan dalam menghadapi apa-apa musibah,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama dalam menyempurnakan sumbangan terbabit kepada anggota ATM.

“Terima kasih semua, saya amat hargai bantuan dan pertolongan semua pihak kerana saya sendirian tidak akan jadi reality apa yang kita laksanakan,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya