Aktiviti & Komuniti

Kad Ucapan Terima Kasih, Sumbangan Kerusi Roda Elektrik Mudahkan Pergerakan

PUTARAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan rasa tersentuh hati apabila menerima kad ucapan terima kasih dari seorang anak warga tempatan yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) susulan pemberian kerusi roda elektrik baru-baru ini.

Ujar Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, kad ucapan tersebut yang dilampirkan sekeping gambar memberi peransang kepanya untuk terus membantu rakyat.

“Tersentuh hati apabila menerima kad ucapan terima kasih dari anakanda Fina yang merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan kerusi roda elektrik yang diterimanya. Moga pemberian ini memberi kemudahan untuk Fina menjalankan aktiviti seharian dan menyambung pelajaran,” katanya.
Menerusi kad ucapan tersebut Nurul Hadfina Afandi menulis:

Terima kasih Datuk Seri & team di atas bantuan dan sumbangan kerusi roda elektrik untuk Fina. Semoga Datuk Seri & team dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.