Aktiviti & Komuniti

Program Jalinan Komuniti Presint 17, Realitikan Semangat Kekeluargaan

PUTRAJAYA – Program Jalinan Komuniti Presint 17 yang berlangsung hari ini mendapat sambutan dari masyarakat setempat yang sama-sama menyemarakkan kemeriahannya.

Lebih dari itu, semangat toleransi, kekeluargaan dan silaturrahim mengukuh ukhwah warga Putrajaya. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang bersama-sama menyemarakkan pelbagai acara yang berlangsung sepanjang program terbabit.

Tengku Adnan yang lebih dikenali dengan panggilan ‘ketua kampung’ turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan anak-anak yang lain untuk turut serta bersama para penduduk. – UMNOPutrajaya