Isu Semasa

Menjawab Tun Musa Hitam: Agenda Melayu Demi Kesaksamaan

Menurut Musa Hitam, gabungan UMNO, PAS dan PPBM tidak mampu lawan pengaruh PKR. Alasan Musa Hitam ialah “Konsep Ketuanan Melayu” sudah tidak lagi relevan.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/2022/09/17/umno-pas

Apakah FMT tersalah lapor atau tajuk berita tidak tepat? UMNO tidak mendefinisikan Dominan Melayu sebagai Ketuanan Melayu. Melayu Unggul adalah istilah yang lebih tepat.

“Ketuanan Melayu” tidak ada ldalam Fasa 3 tujuan penubuhan UMNO. Tujuan UMNO ialah Agenda Melayu demi kesaksamaan di atas padang permainan yang sama rata.

Matlamat Melayu Unggul ialah untuk menjadi bangsa yang berdaya saing, yang berilmu, yang berakhlak, sedia kongsi kuasa,menghormati hak kaum lain. Ia bukan untuk menzalimi kaum lain.

Apakah itu perkauman? Sebab itu UMNO lebih awal melakukan tahaluf siyasi bila tertubuhnya PERIKATAN bersama MCA dan MIC. Ia diganti dengan BN dan kekal hingga ke hari ini.

Musa Hitam guna kayu ukur ada wanita bertudung hadir dalam majlis DAP ketika dia melancarkan buku Lim Kit Siang. Apakah kayu ukur Tun Musa itu tepat?
Kayu ukur terbaik ialah apabila diberi kuasa. Di Malaysia, DAP dan PKR sudah berpeluang menjadi kerajaan. Apa yang mereka buat? DAP “wiped out” di Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Institusi orang Melayu seperti Tabung Haji dijahanamkan. PH lebih zalim. Pendakwaan politik, gugur kes Lim Guan Eng dan lantik orang politik sebagai Peguam Negara dan Bos SPRM.

Meletak calon Melayu di kerusi majoriti kaum Cina hanyalah kosmetik. DAP adalah parti orang Cina sama MCA. Sebab itu DAP hanya berani bertanding di kerusi kawasan kaum Cina.

Musa Hitam tahu, dasar BN adalah terbaik. Walaupun BN didokong oleh parti berasaskan kaum, tetapi dasar BN adalah berbilang kaum. BN tidak pernah tutup SJKC. Sekolah itu tidak ada di Singapura.

Sebab itu UMNO/BN boleh bangkit semula. Sampai masanya BN melaksanakan “Direct membership” kerana ramai yang tidak berparti suka BN. Bukan PN

Dr Puad Zarkashi