Isu Semasa

Data Ekonomi ‘Cheerypicking’… PH Jangan Manipulate

Data ekonomi ni jangan dibuat ‘cherrypicking’. Jangan nak manipulate hanya untuk tunjuk konon-konon zaman PH dahulu ekonomi negara hebat.

Betul zaman PH, pertumbuhan KDNK negara adalah lebih baik daripada Singapura dan Thailand. Tetapi sebenarnya pertumbuhan ekonomi negara sudahpun mengatasi kedua negara ini secara konsisten sejak tahun 2013 lagi. 2013 tu Mahathir ke jadi PM?

Yang cuba diselindungkan sebenarnya adalah pertumbuhan ekonomi negara pada 2017 adalah 5.8%. Apabila PH mengambil alih, pertumbuhannya merosot kepada 4.4% (2018). Kenapa tidak berani sebut benda ini?

Begitu juga konon dibawa naratif zaman PH inflasi rendah (bawah 1%) bagi 2018 dan 2019. Betul ia bermakna harga barang naik sedikit sahaja pada zaman itu.

Tetapi inflasi yang terlalu rendah sebenarnya menunjukkan permintaan kepada barangan / perkhidmatan itu sendiri rendah. Akhirnya ia membantutkan pertumbuhan ekonomi dan menyekat kenaikan pendapatan rakyat.

Sebab itu bukan sahaja pertumbuhan KDNK negara jatuh pada zaman PH, tapi pertumbuhan pendapatan rakyat juga rendah. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pendapatan median rakyat hanya naik 3.9% pada 2019 berbanding kenaikan 6.6% pada 2016.

Ramai ahli ekonomi tidak melihat inflasi ini sebagai musuh. Tetapi mahukan inflasi yang sihat dan terkawal bagi memastikan ekonomi tumbuh dengan baik
Dekad 1990an, Jepun mengalami deflasi. Deflasi ini adalah inflasi negatif. Maknanya barang di negara itu makin murah. Tapi kesannya perniagaan tak boleh berkembang dan pendapatan rakyatnya depressed

Dekad ini dipanggil “The Lost Decade / Ushinawareta Jūnen” (Dekad yang hilang) bagi negara Jepun. Ekonominya stagnant sehingga dipintas oleh negara lain
Bangga pebendanya?

Begitu juga dengan Bursa Malaysia. Betul, bursa saham ini bukan satu-satunya pengukur ekonomi. Tetapi masalah di Malaysia adalah 45% saham di Bursa Malaysia dimiliki oleh syarikat kerajaan (GLC)

Sebab itu apabila Bursa saham kita digelar “The Longest Bull Market” antara 2009 – 2017, GLC-GLC ini mendapat manfaat besar. Keuntungan mereka inilah yang dialirkan pula dalam bentuk dividen kepada kerajaan dan rakyat

Masuk PH, Bursa Malaysia dianggap pasaran saham terburuk Asia. Tak sempat 6 bulan memerintah, Bursa kita jatuh hampir 300 mata – kejatuhan nilai konservatif RM270 bilion

Dah kalau GLC pegang 45% saham, darab dan kira la sendiri banyak mana paper loss mereka.

Ini lah masalah orang PH. Orang cakap ekonomi, dia nak cakap ekonomi
Tapi loyar buruk

—-
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu