Aktiviti & Komuniti

Demi Kesejahteraan Putrajaya, Sesi Dialog Bersama Pemimpin Penduduk Diadakan

PUTRAJAYA – Keutamaan bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa menjadi aspirasi bagi Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan sesi dialog keselamatan bersama pemimpin penduduk Presint 11 yang diadakan di balai polis kawasan terbabit.

Hal ini dibuat ekoran aduan berkaitan kes kecurian, rompakan dan pecah rumah yang semakin kerap berlaku lantas langkah tuntas dan berkesan bagi menanganinya diambil termasuklah dengan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pemimpin penduduk setempat.

Dalam sesi tersebut perkongsian dibuat agar dapat mencapai solusi terbaik bagi memastikan Putrajaya selamat dan bebas dari jenayah. – UMNOPutrajaya