Aktiviti & Komuniti

Realitikan Kesejahteraan, Terima Kasih Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada para penduduk setempat yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan keluarga besar Putrajaya.

Katanya, sikap tanggungjawab dan komited terhadap keselamatan serta kesejahteraan penduduk sememangnya amat dihargai kerana ini akan menyumbang kepada persekitaran yang sihat serta membanteras berlakunya aktiviti yang tidak diingini.

Ujarnya, ini adalah antara usaha bagi mengekang berlakunya kes-kes jenayah dan salah laku sosial seperti mencuri, pecah rumah, rompakan dan hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam kawasan persekitaran.

Dalam masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada anggota Jawatankuasa UMNO Bahagaian Putrajaya yang memudahkan penyaluran sumbangan kepada para penduduk dalam memastikan keselamatan terjamin.

Antara yang turun padang malam tadi iatalah Naib Ketua Bahagian, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim yang menyantuni KRT SRS MPPSZ3.

Tidak ketinggalan, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang diketuai oleh Puan Husna Abdul Rahaman juga turun padang malam tadi di kawasan MPPSZ3 Jalan P8E dan Apartment Fasa 4B serta SRS Blok E Zon 4A, Presint 11.

Sesungguhnya kebersamaan yang terjalin mengeratkan silaturrahim lantar merealitikan pepatah Melayu ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. – UMNOPutrajaya