Siapa Reformis: Tun M, Anwar, Muhyiddin, Rafizi, Lim Kit Siang?
Bila PH berkuasa, Council of Eminent Person (CEP) telah menekan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan (TS Zulkefli) ketika itu supaya letak jawatan.
Tidakkah itu campur tangan politik. Bahkan Peguam Negara ketika itu TS Apandi Ali turut dipaksa bercuti (force leave). Peguamcara Negara memangku jawatan tersebut.
Ketika itulah Malaysia hilang kedaulatan Pulau Batu Putih selama lamanya. SPRM juga dapat boss yang betul betul orang politik iaitu Latheefa Koya (PKR).
PH boleh buat sesuka hati. Anwar, Muhyiddin, Lim Kit Siang, Rafizi, PKR dan DAP adalah rakan kongsi yang bersekongkol. Apakah itu reformasi? Itulah retorik abad ini.
Paling menyedihkan, cara Tun Raus dan TS Zulkefli disuruh letak jawatan. Ia dikritik oleh Tun Hamid Mohamad bekas Ketua Hakim Negara. Mereka letak jawatan pada 7 Jun 2018.
Tun Hamid membidas tindakan Tun M dan Tun Daim (CEP) memanggil Tun Raus mengadap. Sepatutnya Tun Raus tidak datang. Mesti ada pemisahan Eksekutif dan Judiciary.
Ketua Hakim Negara bukan lantikan politik. Dia tidak perlu letak jawatan jika kerajaan yang melantiknya kalah dalam PRU. Tetapi Tun Raus disuruh letak jawatan lima hari selepas BN kalah.
Ini diakui oleh Tun M di Jepun pada 13 Jun 2018. Katanya, CEP minta Tun Raus dan TS Zulkefli letak jawatan. Jika tidak Kerajaan mungkin akan lucutkan jawatan mereka.
https://tunabdulhamid.me/…/peletakan-jawatan-tun-raus…/
Pada Tun Hamid peristiwa itu memihak pada Tun M kerana Kerajaan PH tidak perlu buang Tun Raus melalui Tribunal seperti yang Tun M lakukan terhadap Tun Salleh Abas. Ia akan mencalar imej PH.
Justeru bila Anwar kata Tun M tidak layak cakap pasal reformasi sebenarnya semua tidak layak. Ini termasuk Muhyiddin dan Rafizi. Mereka adalah penjahanam