Aktiviti & Komuniti

Dialog Santai Dan Jelajah Keselamatan Pastikan Putrajaya Sejahtera

PUTRAJAYA – Komuniti setempat digesa supaya tidak mengambil mudah aspek keselamatan terutamanya apabila mahu meninggalkan tempat kediaman termasuklah pada hari bekerja atau hujung minggu sekalipun.

Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap kes-kes melibatkan jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan rompakan yang dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini perlu ditangani secara holistik atas tanggungjawab bersama.

Selari dengan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan telah menggerakkan sesi dialog santai dan jelajah keselamatan agar langkah terbaik bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga setempat.

Dalam siri terbaru gerakan tersebut telah diadakan di Laman Exora P8E, Presint 8 membabitkan ketua dan jawatankuasa MPP, KRT, Jawatankuasa surau dan persatuan penduduk di Presint 8, 9 dan 10.

Semoga langkah yang dibuat ini akan dapat mengembalikan kesejahteraan dan kelestarian warga Putrajaya. – UMNOPutrajaya