Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Kepada Empat Surau Berjumlah RM153 Ribu, Pastikan Keselesaan Jemaah

PUTRAJAYA – Sifat cakna Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melangkaui pelbagai perkara termasuklah memastikan keselesaan para jemaah dalam melakukan ibadah di surau-surau setempat.

Lantaran itu, beliau telah mengambil maklum dan melaksanakan langkah bagi memastikan para penduduk yang mengimarahkan surau-surau setempat dapat menunaikan ibadah dengan sempurna dan selesa.

Selaras dengan itu, selepas menunaikan solat berjemaah bersama-sama para penduduk di Surau Ar-Ridhwan Presint 9, malam tadi, beliau telah mengagihkan sumbangan kepada empat buah surau dengan jumlah terkumpul ialah RM153 ribu.

Ini membabitkan di Surau Ar-Ridhwan Presint 9 sendiri yang menerima sumbangan bernilai RM59 ribu bagi penggantian karpet di ruang solat surau. Untuk tujuan sama, Surau Al-Fatih, Presint 15 menerima sumbangan berjumlah RM36 ribu manakala Surau Putra Blok 1B Presint 9 pula menerima RM26 rimbu.

Turut menerima sumbangan ialah Surau Wahbah Al-Zuhaily Fasa 18R12, Presint 18 yang bernilai RM32 ribu bagi tujuan penggantian pendingin hawa di ruang solat.

Semoga sumbangan yang diberi akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi kemudahan dan keselsaan para qariah setempat untuk menunaikan ibadah dan meningkatkan syiar Islam. – UMNOPutrajaya