Berita

Tengku Adnan Terima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA)

KUALA LUMPUR – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 70, dianugerahkan Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Majlis Konvokesyen Universiti Asia-e (AeU) ke-11, hari ini.

Penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Anugerah itu dikurniakan atas kelayakan dan kejayaan beliau dalam penulisan tesisnya bertajuk ‘Affordable and Affordability Housing in Kuala Lumpur’ selain penglibatannya dalam bidang perniagaan yang telah merintis pelbagai bidang iaitu hartanah, pembalakan, pembuatan, perdagangan, agrikultur, perhotelan, penternakan dan perniagaan makanan baharu termasuklah teknologi dan komunikasi.

Beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan terus komited dalam perkembangan perniagaan selain menyalur khidmat bakti kepada orang ramai melalui penglibatannya sebagai wakil rakyat. – UMNOPutrajaya