Aktiviti & Komuniti

Majlis Ramah Mesra Pengikat Silaturrahim, Ketua Kampung Hargai Sokongan

PUTRAJAYA – Majlis Ramah Mesra yang dilaksana secara berterusan sejak saban tahun mengikat silaturrahim masyarakat Putrajaya dengan pemimpin berjiwa rakyat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Malam tadi, tadisi berkumpul bersama komuniti setempat telah melibatkan para penduduk di PDM Taman Rimba Desa Timur yang disertai pelbagai lapisan masyarakat.

“Alhamdulillah Majlis Ramah Mesra yang dirancang berjalan lancar, meriahnya keluarga besar saya di Putrajaya yang terus perkukuh muafakat. Inilah kesejahteraan yang mesti kita kekalkan, kembalikan kestabilan dan kemakmuran demi masa depan anak-anak kita,” kata
Tengku Adnan yang menzahirkan kesyukuran.

Beliau amat terharu kerana setelah lebih dua tahun acara tradisi meraikan ulang tahun beramai-ramai tertangguh, kali ini kembali lagi dengan gelak tawa dan ceria anak-anak Putrajaya.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ketua kampung merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan sentiasa memberikan sokongan kepada acara kemasyarakatan sedemikian.

“Terima kasih semua, kasih sayang dalam keluarga yang amat bermakna dan moga ia kekal dalam kebersamaan kita perkukuh perjuangan demi agama, bangsa dan negara, insya-Allah,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya