Aktiviti & Komuniti

Selamat Hari Deepavali, Kekalkan Sifat Saling Hormat Menghormati

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Msnor mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia khususnya yang meraikannya di Putrajaya, hari ini.

Menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, beliau yang juga Benhari UMNO
berharap agar masyarakat kekalkan sifat saling hormat menghormati.

“Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang meraikannya. Kekalkan sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain demi kestabilan dan kemakmuran negara kita,” katanya. – UMNOPutrajaya