Aktiviti & Komuniti

Pertingkat Gerak Kerja, Siap Siaga Depani PRU

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya telah siap siaga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang bakal diadakan pada 19 Nov nanti.

Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan pentingnya mempertingkat gerak kerja bagi mendepani musuh untuk memastikan kerusi Parlimen Putrajaya kekal milik Barisan Nasional (BN).

Lantaran itu, bagi memperkemas perancangan dengan memastikan setiap gerak kerja berlangsung lancar, Tengku Adnan telah mengadakan perjumpaan melibatkan ketua-ketua Cawangan UMNO Putrajaya.

Perjumpaan ini melibatkan kepimpinan jentera parti di akar umbi yang bakal menggerakkan usaha menggempur pengundi agar terus memberikan sokongan kepada BN. – UMNOPutrajaya