Terus Bersatu Hati Bersetia Bersama BN, Perpecahan Hanya Untungkan Pihak Lawan – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu terus bersatu dan bersetia bagi merealitikan hasrat terus berkhidmat dengan lancar kepada rakyat khususnya bagi mendapat mandat untuk membentuk kerajaan sepenuhnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ini kerana katanya, apabila perpecahan dan tidak bersatu berlaku maka yang mendapat untung adalah pihak lawan sedangkan BN parti berteraskan politik berkhidmat.
“BN ini parti yang terbukti komited dalam menjaga rakyat, memikirkan masa depan negara dan 61 tahun jadi bukti bagaimana pembangunan tanah air kita… memanglah ada yang tak sempurna tapi jika kita nak bandingkan dengan parti-parti lain, ada jawapannya,” kata beliau.

Dalam hal ini Tengku Adnan yang merupakan calon BN bagi mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya pada PRU15 mengajak orang ramai untuk melakukan penilaian dengan membandingkan antara BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“BN dah gagal kekalkan tampuk pentadbiran pada PRU14, kita terima hakikat ini dan bergelar pembangkang malah merasai pelbagai keperitan sebagaimana rakyat juga. Tak apalah, PH mentadbir namun ternyata mereka bukan melaksanakan amanah dari mandat yang dah rakyat beri sebaliknya asyik salahkan BN, tuduh itu ini dan lebih teruk negara jadi hancur, mundur ke belakang apabila ekonomi kita juga merudum.

“Mujurlah PH hanya berkuasa 22 bulan dan kemudian runtuh sendiri… sebab apa… sebab sesama mereka mahukan kuasa. Ada yang nak jadi PM, ada nak luaskan kroni dan macam-macam lagi.

“Kemudian naik pula PN yang pada asalnya kita sokong demi rakyat apabila kita berdepan pandemik COVID-19 namun terpaksa kita tarik sokongan apabila mereka dalam diam nak bunuh kita, lagilah apabila negara jadi caca merba.”

Justeru tegasnya, PRU15 ini adalah ruang terbaik kepada rakyat memilih kerajaan dengan memberikan mandapt kembali kepada BN.

“Jangan dengan janji-janji palsu mereka sebaliknya kita nilai berdasarkan sejarah yang dah berlaku. BN tawarkan kestabilan dan kemakmuran jadi kita sambutlah dengan memilih BN,” katanya lagi.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah meraikan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seluruh Putrajaya dalam suasana santai menerusi makan malam yang diadakan di pekarangan rumahnya, di Presint 10 malam tadi. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: