Isu Semasa

Kekalkan BN: Netizen Tolak Fitnah KuNan, Komuniti Putrajaya Lebih Tahu

Pihak pembangkang mula bermain sentimen negatif dengan cubaan memburukkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.

Antaranya, apabila Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai ketua kampung bagi warga tempatan turun padang bersarapan di Medan Selera Presint 16 baru-baru ini, ada yang cuba menimbulkan spekulasi kononnya hanya muncul apabila tibanya musim pilihan raya semata-mata namun ia ditempelak oleh warga media sosial yang merupakan komuniti Putrajaya.

Antaranya ialah:

• nur_aisyah_syaaa
kunan sgt friendly org nya..dri dlu sampai skrg

• zulfahimi
tuan leh tanya penduduk Putrajaya waktu pkp 1 dan pkp 2… ape yg kunan buat…bantuan ayam pun beratur panjang…

• dania.arinaa
jangan main sedap jari menaip. Penduduk di Putrajaya lebih tau siapa Ketua Kampung kami

Begitu juga apabila ada segelintir pihak yang memuat naik tin biskut bantuan Tengku Adnan ke laman sosial mereka dengan tujuan memanipulasi sedangkan ia bukanlah realiti sebenar. Warga Putrajaya lebih tahu apa yang berlaku dalam kawasan mereka malah sangat mengenali pemimpin berjiwa rakyat terbabit. Bukan hanya sakit pening, beranak, kawin atau meninggal malah hari lahir pun dirai dengan kiriman kad ucapan dan hadiah diberikan. Bukan baru sehari dua… tapi 20 tahun tingakh Tengku Adnan tidak pernah berubah malah semakin banyak dibantu.

Ini kerana bantuan kepada komuniti setempat tidak pernah putus, bukan bermusim atau hanya pilihan raya malah ketika BN bergelar pembangkang bantuan tetap juga sampai ke hadapan pintu penduduk waima ketika Tengku Adnan dihimpit dengan kes turun naik mahkamah akibat pendakwaan terpilih.

Lebih dari itu, ketika musim COVIS-19 melanda, Tengku Adnan adalah satu-satunya pihak yang aktif menggerakkan seluruh jentera Putrajaya khususnya Pemuda UMNO sebagai pemudahcara bagi menyalurkan sumbangan.

Bukan hanya setakat biskut setin sebagaimana yang dipaparkan (dengan niat jahat) sebaliknya disertai beras, telur, minyak, tepung, gula, kicap, sos dan macam-macam barang keperluan dapur selain dari barang basah iaitu ayam, ikan kembung, daging burger dan macam-macam lagi.

Tak terkira pula sumbangan yang tak terlihat, tak terjangkau fikiran pun ada sehinggakan beliau membayar wang sewa yang tertunggak, menaja pendidikan anak-anak Putrajaya yang susah malah ada yang dijadikan anak angkat agar pendidikan mereka terbela.

Itu belum lagi pelbagai kemudahan yang lengkap disediakan untuk surau-surau di seluruah Putrajaya. Dari keperluang untuk keselasaan berjemaah hinggalah pinggan mangkuk periuk belanga bagi keperluan berkenduri kendara.

Lebih bermakna penyediaan Klinik Rakyat KuNan yang diuruskan oleh anak-anaknya sendiri memberikan khidmat percuma kepada rakyat. Beruntungnya warga Putrajaya terbela hinggakan pelbagai kesusahan jadi ringan malah pengurusan jenazah ditanggung sepenuhnya oleh beliau yang tentunya amat meringankan beban para waris yang kesusahan.

Orang luar boleh bercakap tapi warga Putrajaya lebih kenal siapa TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR. Insan demawan disayangi semua. – UMNOPutrajaya

antara komen FB:

Salwa Shokri
Ko xduduk Putrajaya xpayah sibuk.. tin ni bertahun2 kunan da bg.. sblm aku kahwin lg da dpt.. skg da ada ank umur 2 tahun pun dia still bg.. consistent.. ada je program dia bg.. nak harapkan mp lain.. jangan harap.. ko yg dpaat elaun hina org ni mna kisah dgn tin mcm ni.. ktorg ni dpt biskut ni bersyukur sgt..

Niz Yzd
Fairuz Yusoff Adik saya masa tinggal di putrajaya pun kata Ku Nan ni bagus.

Ontonio Putra
Fairuz Yusoff, selagi dia masih jadi wakil rakyat, itu dah jadi tugas dia, mana2 wakil rakyat pun ada turun bagi bantuan, sebab mwreka pegang dana utk bantu rakyat kawasan masing2

Nazneen Asan
Saya duduk Putrajaya lebih dr 12 tahun, tak pernah lagi terima bantuan selain BN. Bantuan dari UMNO/BN tiap2 tahun yer, bukan tunggu time election je. Harap maklum.

Muhamad Yusri
ku nan memang orang berduit dia bisnesman sebelum masuk politik dia dah kaya raya

Samsul Bahari Borhan
tak tau cerita nak cakap bantuan macam ni dah lama lah Ku Nan bagi bertahun tahun lamanya bukan biskut je macam macam hadiah hari jadi pun dia bagi cuba bagutau siapa YB yang bagi hadiah HB setiap kali birthday dah lama dah lain kali tanya penduduk putrajaya

Nazneen Asan
Ku Nan bg kami sumbangan/bantuan SETIAP TAHUN ok..SETIAP TAHUN, bukan tunggu election ja mcm YB hangpa. Mai duduk Putrajaya mai.. benda kita taktau jgn sembang mcm tau.