Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat Veteran UMNO Putrajaya… Semangat Tak Pudar Teruskan Perjuangan

PUTRAJAYA – Mesyuarat Veteran UMNO Putrajaya telah diadakan di Kelab Tasik di sini pada 4 Dis.

Apa yang pasti, situasi politik semasa dan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 baru-baru ini tidak mengurangkan semangat perjuangan para anggota Veteran UMNO sebaliknya mereka tetap ampuh meneruskan perjuangan.

Anggota Veteran bersama pengerusinya Haji Yusof Hassan turut merancang gerak kerja dalam hala tuju bagi mengembalikan semangat UMNO terus membara. – UMNOPutrajaya