Isu Semasa

POLITIK SABAH: BEZA UMNO DENGAN BERSATU

Bila UMNO hilang kuasa di PRU ke 14, 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah melompat masuk Bersatu. Tinggal 3 orang istiqomah iaitu Bung Mokhtar, Yaakub Khan dan Ramie Unggi.

21 Bahagian itu dipangku oleh mereka yang baru termasuk dua Wanita. Apakah UMNO Sabah mati? UMNO Sabah bangkit semula dan menang PRK Kimanis dan PRN Sabah,
Itu maknanya UMNO Sabah berakar umbi. Sekarang giliran Bersatu. Semua keluar Bersatu dan akan tubuh parti baru. Akan ada lagikah Bersatu di Sabah?

Bersatu tidak ada akar umbi. Akar umbi parti itu berasal dari akar umbi UMNO yang lompat parti. Tanpa kuasa di kerajaan negeri, Bersatu bolehlah tutup kedai di Sabah.

Dr Puad Zarkashi