Dimana Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya?
Telah lebih dua bulan Pilihan Raya Umum ke-15 berlalu. Kerajaan sudah bertukar dan ramai wakil rakyat juga telah berganti termasuklah di Putrajaya. Namun yang menjadi persoalan warga tempatan sehingga kini ialah dimanakah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.
Jika sebelum PRU15, warga tempatan amat sinonim dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor malah beroperasi dengan mantap membantu penduduk setempat.
Itu belum lagi dengan jadual saban pagi Jumaat yang tentunya menjadi ‘klinik’ terbuka kepada penduduk untuk mengadu nasib dan bertemu mata dengan Datuk Seri Tengku Adnan.
Hari ini semuanya berbeza kerana wakil rakyat baharu seakan engan menyalur bantuan apabila memberikan alasan bukan kerajaan pusat walhal sebelum ini Datuk Seri Tengku Adnan pun menjadi pembangkang tapi bantuan tidak pernah terhenti.
Warga Putrajaya juga tertanya-tanya mana Ahli Parlimen Putrajaya yang melaungkan ‘Era Baharu’ ketika berkempen dalam PRU lalu kerana sehingga hari ini masih tidak ada sebarang pembaharuan yang dilakukan.
Yang ada pun hanya meneruskan kelangsungan usaha yang dilaksana oleh Datuk Seri Tengku Adnan sebagaimana pelaksanaan bas Nadi Putra dan juga infrastruktur penduduk setempat.
Soalnya… mana era baharu yang dijanji?