Isu Semasa

Pembersihan Total Dalam UMNO

Pembersihan total telah dilaksanakan dalam mesyuarat MKT malam tadi. Pembersihan total disebut oleh Zahid semasa sesi Taklimat Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Beberapa nama penting terlibat. KJ dan Noh Omar dipecat. Hishamuddin, Shahril Hamdan, Salim Sharif dan Maulizan Bujang digantung enam tahun. Manakala Fathul Bari dikenakan surat tunjuk sebab.

Apakah ini mengejutkan. Parti kena berani sebagaimana mereka yang dipecat itu berani memfitnah parti. Bersatu juga memecat Tun M dan Mukriz. PKR pula memecat Azmin, Tian Chua dan Zuraida. Tiada yang luar biasa.

Luar biasa ialah tindakan KJ menghentam parti dan Presiden semasa kempen PRU. Parti jadi kambing hitam kononnya untuk meraih undi. Lagi luar biasa tindakan Hishamuddin.

Dia tidak serik membelakangkan parti. Bawa MP UMNO ke rumah Azmin Ali. Suruh Ketua Bahagian Sabah masuk Bersatu. Penggerak utama MP BN tanda tangan SD sokong Muhyiddin adalah Hishamuddin.

Ada yang akan kata, anak muda akan lari dari UMNO. Kita tanya balik, berapa ramai anak muda yang mereka bawa masuk untuk sokong perjuangan UMNO?

Apakah ia demokratik? Ia diputuskan atas syor Lembaga Disiplin UMNO. Ia bukan keputusan Presiden. Cuma kali ini Presiden yang bawa syor tersebut pada MKT.

Biasanya Pengerusi JK Pengurusan yang bawa syor Lembaga Disiplin. Noh Omar yang hadir mesyuarat MKT malam tadi keliru. Dia tuduh Presiden UMNO buat keputusan sendiri.

Ini berbeza bila Mahathir pecat Anwar Ibrahim. Tun M bawa ke MKT untuk pecat Anwar tanpa melalui Lembaga Disiplin.

Noh Omar bukan dipecat kerana isu usul tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua. Dia dituduh sabotaj parti semasa PRU ke 15. Ada 16 laporan sabotaj terhadap Noh Omar.

Kenapa KJ dipecat? Khairy memang melampau. Memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU amat keterlaluan. Fitnah pengundi hantu semasa PAU UMNO 2022 berniat jahat.

Apakah parti akan pecah? Itulah naratif yang akan dieksploit oleh sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati. Tetapi parti sudah lama dipecah belahkan oleh mereka yang suka melawan keputusan parti.

Selepas UMNO hilang kuasa di PRU ke 14 ada pemimpin menjauhkan diri dari UMNO. Takut terpalit dengan kluster Mahkamah. Mereka takut didakwa kerana telah dipanggil SPRM.

Mereka duduk di luar pagar. Ada kalanya tikam parti dari belakang. Kini mereka dipecat atau digantung. Apa salahnya mereka sekali lagi duduk di luar pagar.

Dipecat amat menyakitkan tetapi keperluan. Kalau betul cintakan parti merayulah. Kalau tidak mahu merayu tunggulah 6 tahun. Kecuali mereka sudah ada pilihan lain.

Buatlah pilihan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi