Aktiviti & Komuniti

‘Kami Boleh SPM 2022’ Pastikan Kejayaan Anak-anak Putrajaya

PUTRAJAYA – Keprihatinan UMNO Bahagian Putrajaya terhadap keutamaan pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diterjemah melalui program ‘Kami Boleh SPM 2022).

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Putrajaya,Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim telah berkesempatan melawat SMKPP8 utk melihat sendiri kelas tambahan di bawah pogram ‘Kami Boleh SPM 2022’ bagi subjek Sejarah.

Ia digerakkan untuk pelajar-pelajar SPM 2022 agar mereka dapat lulus subjek tersebut dalam SPM 2022.

“Tahniah dan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah berkorban masa dan tenaga untuk mengadakan kelas tambahan bagi memastikan pelajar-pelajar lulus SPM 2022 nanti.

“Terima kasih juga kepada Tuan Haji Roslan Abu Hanif YDP PIBG dan Puan Adeeba selaku Pengetua SMKPP8 kerana sudi mengiring saya untuk melihat sendiri dan memberikan maklumbalas tentang kelas tambahan tersebut. Turut hadir bersama saya adalah Sdr Nasir Timb Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Putrajaya dan Sdr Amri Ajk PEWARIS.

“Tidak lupa ucapan terima kasih buat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya di atas bantuan yang diberikan bagi menjayakan program ‘Kami Boleh SPM 2022’ di seluruh sekolah di dalam Putrajaya,” katanya.

Moga anak-anak SPM Putrajaya lancar dan dipermudahkan usaha dalam menempuh peperiksaan dan beroleh kejayaan. – UMNOPutrajaya