Tengku Adnan Harap Kelancaran Mesyuarat UMNO Cawangan di Putrajaya
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar Cawangan-cawangan UMNO di bahagian terbabit akan dapat melaksanakan persidangannya dengan lancar.
Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Matahari berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan Cawangannya yang di adakan di kediaman beliau, di Presint 10, semalam.
“Moga kelancaran mesyuarat kami di Cawangan Matahari ini menjadi contoh kepada cawangan-cawangan yang lain di dalam Putrajaya ini,” katanya.
Dalam hal ini beliau mengajak semua anggota UMNO untuk sama-sama mensyukuri segala nikmat yang ada.
“Berjuanglah kita dalam keadaan soleh, mensyukuri nikmat yang telah diberikan dan mohon jauhkan segala bala bencana dari kita semua,” katanya lagi.
Dilaporkan, mesyuarat Cawangan dan pemilihan bagi jawatankuasa Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan akan berlangsung selama 26 hari sehingga 26 Februari ini.
Manakala Mesyuarat perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO juga akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.
Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac 2023. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.