Berita

No 47 Ketua Wanita Putrajaya, No 1 Ketua Pemuda Putrajaya Tanding Exco Pusat

KUALA LUMPUR – Pemilihan UMNO 2023 memulakan tirainya apabila proses cabutan undi telah dilaksanakan dengan lancar termasuk di peringkat Pusat. Dalam hal ini, Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahman dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir mengesahkan pencalonannya diperingkat pusat apabila masing-masing memperoleh nombor pencalonan melalui cabutan undi yang dibuat.

Puan Husna yang mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Putrajaya tanpa pertandingan memperoleh nombor pencalonan 47 bagi jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia.

Puan Husna hadir sendiri melakukan cabutan undi di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn yang diselia oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) dengan melibatkan seramai 61 calon untuk jawatan terbabit.

Sementara itu, cabutan nombor calon bagi Dr Tengku Iqbal Munawwir telah dibuat oleh JPU dengan memperoleh no 1.

Dalam hal ini, Puan Husna dan Dr Tengku Iqbal Munawwir mengharapkan sokongan daripada para perwakilan Putrajaya dan doa untuk kejayaan mereka mendapatkan tempat terbaik bagi Exco Wanita UMNO Malaysia dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Selamat maju jaya untuk semua dan moga beroleh kejayaan untuk legasi perjuangan UMNO. – UMNOPutrajaya