Aktiviti & KomunitiBerita

Proses Cabutan Nombor Calon Pemilihan UMNO Bahagian Putrajaya Telus, Lancar

PUTRAJAYA – Proses cabutan nombor calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Bahagian Putrajaya 2023/2026 melibatkan ahli jawatankuasa Bahagian, Wanita, sayap Pemuda dan Puteri UMNO yang diadakan hari ini berlangsung lancar.

Proses cabutan nombor calon tersebut diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, di sini bermula pukul 9.00 pagi.

Sesi cabutan nombor calon tersebut dimulakan dengan AJK Wanita, AJK Puteri, AJK Puteri dan AJK Bahagian.

Cabutan undi akan dilakukan oleh calon. Namun yang tidak dapat menghadirkan diri maka cabutan akan dibuat oleh Setiausaha Bahagian Putrajaya yang akan melaksanakan cabutan nombor bagi calon berkenaan.

Cabutan nombor calon secara undian ini telah dilaksanakan dengan lancar dan telus tanpa ada sebarang masalah yang timbul.

Untuk rekod, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 lalu.

Pada 11 Mac 2023 akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian. Pada tarikh yang sama turut akan diadakan Pemilihan Exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. – UMNOPutrajaya