Aktiviti & Komuniti

Program Gunting Rambut Percuma, Acara Tradisi UMNO Putrajaya Raikan Anak-anak Kembali Ke Sekolah

PUTRAJAYA – Khidmat kepada rakyat bukan kerana pangkat dan kedudukan. Itulah manifestasi yang direalitikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor biarpun bukan lagi bergelar Ahli Parlimen Putrajaya.

Tekad beliau yang selama ini dinspirasikan ‘dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat’ tetap terpahat sebagaimana beliau meraikan anak-anak Putrajaya yang bakal memasuki sesi persekolahan baharu untuk tahun 2023.

Melalui program gunting rambut percuma yang diadakan di Sekolah Menegah Kebangsaan P8 (1) Putrajaya, Tengku Adnan telah menceriakan anak-anak Putrajaya yang hadir bagi memperkemaskan diri untuk bersekolah esok.

Sememangnya, program ini adalah acara tradisi bagi UMNO Bahagian Putrajaya dalam usaha membantu merapikan anak-anak yang bakal mendepani sesi baharu persekolahan.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengagihkan ‘boucher’ Parkson Putrajaya kepada ibu bapa untuk membeli uniform sekolah anak-anak.

“Saya harap ini dapat meringankan beban ibu bapa di Putrajaya untuk sesi persekolahan yang bermula esok.

“Selamat maju jaya anak-anak Putrajaya, moga teguh ahklak dan iman untuk agama, nusa dan bangsa,” katanya lagi.

Turut hadir bersama beliau dalam program tersebat ialah isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang juga disertai Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim; Naib Ketua UMNO Bahagian, Senator Datuk Hisamudin Yahaya; Ketua Wanita Puan Husna Abdul Rahaman dan Ketua Pemuda, Dr Tengku Iqbal Munawwir. – UMNOPutrajaya