Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Bersama Imarahkan Ramadan Dalam Majlis Tadarus, Tahlil Dan Iftar

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama komuniti Putrajaya di Surau At-Muttaqin, Presint 5 di sini dalam majlis tadarus dan tahlil sempena iftar Ramadan.

Majlis anjuran Veteran UMNO Putrajaya ini telah diadakan dengan meriah yang turut melibatkan para qariah dan penduduk tempatan sebagai acara mengimarahkan Ramadan.

Dalam majlis ini, Tengku Adnan juga telah menyampaikan sumbangan dan bingkisan Ramadan kepada para peserta yang hadir di samping para penduduk setempat.

Turut serta dalam majlis ini ialah isteri beliau, Datin Seri Angraini Sentiyaki yang menyantuni golongan Hawa.

Hadir bersama-sama beliau ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim; Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Senator Datuk Hisamudin Yahaya. – UMNOPutrajaya