Angkat Rasa Kesyukuran, Iftar Bersama di Kediaman Tengku Adnan
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama komuniti setempat di rumahnya, hari ini.
Beliau yang turut disertai isteri, Datin Seri Angraini Sentiyaki menyantuni para tetamu dengan menyambut mesra dan mengalu-alukan kedatangan ke rumahnya.
Sememangnya, acara iftar beramai-ramai telah menjadi sebahagian rutin tahunan kepada Tengku Adnan sekeluarga sebagai aplikasi bagi mengimarahkan bulan Ramadan.
Beliau juga menjadikan acara berbuka puasa beramai-ramai sebagai usaha berkongsi rezeki dan mengangkat rasa kesyukuran atas rezeki yang telah dilimpahkan oleh Allah SWT.
Semoga dalam mengimarahkan bulan Ramadan akan dapat sama-sama meningkatkan ibadah kepada-Nya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.