Aktiviti & Komuniti

Nur Ramadan Putrajaya Pererat Silaturrahim, Perkukuh Ukhwah

PUTRAJAYA – Bulan Ramadan yang penuh barakah sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam bagi meningkatkan amalan dan melaksanakan kebajikan.

Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memanifestasikan Ramadan dengan program tahunan yang telah menjadi tradisi di sini iaitu Nur Ramadan Putrajaya.

Dengan berkonsepkan acara berbuka puasa beramai-ramai dan berkongsi rezeki, beliau meraikan warga tempatan yang hadir di samping memperkukuh ukhwah dan mempereratkan hubungan silaturrahim.

Kali ini, program tersebut diadakan di rumahnya sendiri iaitu beliau melayani para tetamu yang hadir sambal beramah mesra dan berbuka puasa di pekarangan rumahnya.

Seusai itu,solat secara berjemaah dibuat di ruang tamu rumahnya dengan para tetamu secara santai bebas beramah mesra dengan beliau serta ahli keluarganya termasuk isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang sentiasa mesra menyantuni tetamu.

Semoga segala amalan yang dilaksana akan dapat memberikan kebaikan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi menyumbang kelestarian dalam masyarakat. – UMNOPutrajaya