Berita

Tahniah Tengku Hafiz, Dilantik Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan telah dialntik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia bagi sesi 2023-2026.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan bersama-sama barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan ketuanya, Dr Muhamad Akmal Salleh dan Naib Ketua, Mohd Hairi Mad Shah, hari ini.

Lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia ini dibuat bagi sesi baharu iaitu 2023-2026, sebelum menandatangani dokumen ikrar tersebut, di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn.

Sehubungan itu, UMNO Bahagian Putrajaya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah atas pelantikan tersebut dan mendoakan beliau terus maju jaya dalam usaha mengembalikan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara. – UMNOPutrajaya