Berita

Terima Kasih Atas Kepercayaan, Dr Tengku Hafiz Hargai Lantikan Exco Pemuda UMNO Malaysia

PUTRAJAYA – Barisan kepimpinan ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia telah mengangkat sumpah ikrar jawatan dan sedia melunaskan tanggungjawab bagi mengembalikan UMNO sebagai parti yang kukuh.

Dalam hal ini, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan melahirkan penghargaan kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Saleh yang telah melantik beliau dalam barisan Exco bagi sesi 2023-2026.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Akmal yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan melantik saya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,” katanya.

Beliau telah diamanahkan menjadi Pengerusi bersama Biro Ekonomi dan Usahawan Muda.

Terdahulu, barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengangkat sumpah jawatan bersama-sama Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Salleh dan Naib Ketua, Mohd Hairi Mad Shah, pada Selasa. – UMNOPutrajaya