Aktiviti & Komuniti

Salam Nuzul Quran, Jadikan Al-Quran Panduan Kehidupan

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak umat Islam menghayati al-Quran bersempena dengan Nizul Quran tahun ini.

Menerusi ucapan pendek dalam media sosialnya, beliau bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mengajak semua umat Islam untuk menghayati kandungan kitab suci itu dan menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan.

“Marilah jadikan Al-Quran panduan dan rujukan dalam segenap aspek kehidupan,” katanya.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah, iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda. – UMNOPutrajaya