Aktiviti & Komuniti

Wanita UMNO Putrajaya Imarahkan Ramadan Dalam Tadarus Perdana

PUTRAJAYA – Wanita UMNO Putrajaya telah membanjiri Masjid Putra, di sini dalam memeriahkan Program Imarah Ramadan Tadarus Al-Quran Perdana 2023, hari ini.

Program yang dilaksana dalam suasana harmoni dan ceria ini dianjurkan oleh Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan Pertubuhan Kasih Mekar Malaysia.

Program tersebut adalah acara rutin yang menjadi tradisi kepada Wanita UMNO Putrajaya dalam mengisi ruang serta mengimarahkan bulan Ramadan selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat setempat.

Program Tadarus Al-Quran Perdana ini dimulakan seawal jam 8.00 pagi yang diakhiri majlis khatam Al-Quran dan ditutup dengan alunan selawat.- UMNOPutrajaya