Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Bakul Rahmah Ringankan Beban Penerima

PUTRAJAYA – Program Bakul Rahmah yang berkonsepkan perkongsian rezeki diagihkan kepada warga tempatan melibatkan golongan B40 dan mereka yang terkesan dalam hal ekonomi.

Inisiatif ini digerakkan oleh UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Ser Dr Tengku Adnan Tengku Mansor dengan agihan barangan hasil sumbangan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berharap agar sumbangan bantuan berupa barangan keperluan asas diantaranya minyak masak, tepung, gula dan beras akan dapat meringankan beban mereka yang terjejas khususnya dalam membeli barangan terbabit.

Dalam masa yang sama beliau merakamkan penghargaan kepada para petugas dan sukarelawan UMNO Putrajaya yang telah membantu melancarkan agihan barangan terbabit kepada mereka yang terpilih.

Jelasnya, sifat kebersamaan, kerjasama dan kekeluargaan yang akrab dalam komuniti UMNO Putrajaya membolehkan pelbagai agihan dan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. – UMNOPutrajaya