UMNO Putrajaya Teruskan Khidmat Bakti, Sedia Bersama Rakyat
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan khidmat bakti dengan mlaksanakan pelbagai perancangan bagi memastikan warga Putrajaya mendapat kesejahteraan malah diraikan dalam setiap acara.
Antara yang aktif melaksanakan perancangan bagi gerakkerja berterusan ialah Boro Pendidikan Putrajaya dengan fokus utama adalah generasi pendidik dan anak-anak muda tempatan.
Bagi pengerusinya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Putajaya, Senator Datuk Hisamudin Yahaya, ada perkara yang UMNO Putrajaya boleh sumbangkan untuk meraikan Sambutan Hari Guru 2023.
Katanya ini adalah sebagai mengenang jasa dan pengorbanan para guru yang mendidik anak bangsa kita di Putrajaya.
“Bertemakan Guru Insani Pemangkin Generasi Madani, sambutan Hari Guru akan disambut pada 16 Mei ini. Justeru saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Biro Pendidikan UMNO Putrajaya merancang untuk meraikan guru-guru di sini,” katanya.
Terdahulu beliau telah mengadakan mesyuarat di Pejabat Pemuda UMNO, Presint 9, Putrajaya, malam tadi.
Dilaporkan bahawa UMNO Bahagian Putrajaya sememangnya saban tahun meraikan guru-guru di sekolah-sekolah di sini selain pelbagai acara lain bersama-sama para pelajar. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.