Aktiviti & Komuniti

Semarakkan Kemeriahan Aidilfitri, Perkukuh Silaturrahim Warga Setempat

PUTRAJAYA – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri terus dirai dengan sambutan bersama yang dilaksana dalam penuh kesyukuran dan keinsafan.

Hal ini diaplikasi melalui Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Surau al-Musthofa Fasa 4, Presint 9 yang meraikan qariah dan penduduk setempat dengan semangat perpaduan dan ukhwah yang erat.

Lebih bermakna, sambutan yang berkonsepkan kekeluargaan turut dimanfaatkan sebagai ruang menyelami permasalahan penduduk dengan pelbagai lontaran serta permasalahan penduduk yang disuarakan terus kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Hisamudin Yahaya selaku Ahli Dewan Negara bagi membawa suara setempat di Parlimen kelak.

Turut bersama memeriahkan majlis ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim; Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman bersama para AJK UMNO Putrajaya dan komuniti Putrajaya.

Semoga dengan jalinan silaturrahim yang dilaksana akan menambah kukuh perpaduan dan menyumbang kepada kelestarian warga Putrajaya. – UMNOPutrajaya