Aktiviti & Komuniti

Selamat Hari Guru… UMNO Putrajaya Raikan Warga Pendidik

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan penghargaan kepada guru-guru atas khidmat bakti mereka.
Sebagaimana kebiasaan, beliau meraikan warga pendidik sempena sambutan Hari Guru hari ini yang bertemakan “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.

Dalam hal ini, beliau melalui Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya bersama dengan Yang di-Pertua PIBG sekolah-sekolah di sini telah menyerahkan kek sempena Hari Guru 2023.

Sebanyak 27 buah sekolah seluruh Putrajaya telah menerima sumbangan kek tersebut yang diberi sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pendidik di dalam Putrajaya.

Sesungguhnya, khidmat budi dan bakti yang dihulur demi memartabatkan anak bangsa tidak ternilai. – UMNOPutrajaya