Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Rakam Penghargaan Raikan Resepsi Perkahwinan Puterinya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Angraini Sentiyaki merakamkan ucapan penghargaan dan berterima ksih kepada semua warga Putrajaya dan orang ramai yang telah sama-sama meraikan majlis perkahwinan puteri beliau.

Katanya, kehadiran dan sokongan dengan iringan doa dari sanak saudara, rakan-rakan dan orang ramai amat bermakna buat beliau sekeluarga termasuklah pasangan mempelai Tengku Najwa Munawarah dan Muhammad Dofa Alkatiri.

“Telah selesai majlis resepsi perkahwinan puteri saya, Tengku Najwa Munawarah Muhammad Dofa Alkatiri. Alhamdulillah majlis berlangsung lancar.

“Terima kasih pada semua tetamu, keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai yang hadir meraikan. Maaf jika ada sebarang kekurangan. Moga ikatan perkahwinan dirahmati Allah dan moga kita semua juga dalam keberkatan serta lancar sebarang urusan,” katanya.

Terdahulu resepsi perkahwinan bermula dengan majlis qatam a-Quran yang berlangsung di rumah beliau diikuti acara siraman. Kemudian majlis pernikahan diadakan di Bora Ombak Putrajaya dengan pasangan pengantin dinikahkan oleh Tengku Adnan sendiri.

Menyusul pada sebelah malam, acara gemilang bertemakan dalam taman dengan dipenuhi iringan majlis beradat dari Keraton Jogjakarta iaitu sulaman adat Jawa sepenuhnya. – UMNOPutrajaya